call don@ipoh 012-5446910 fulltime artist, photographer and designer

FineArtPhotoGraphicDesign
The aim of every artist is to arrest motion, which is life, by artificial means and hold it fixed so that a hundred years later, when a stranger looks at it, it moves again since it is life. ~William Faulkner

Saturday, November 21, 2009

kenangan

diam tak diam, dah dekat setahun tak update blog ni... bukan tak aktif cuma tak sempat nak update... dah rasa bersalah pulak...

Friday, January 2, 2009

Poster dan Sepanduk Bangsawan Perdana Tanah Abang


Ermm... ini poster dan sepanduk yang diamanahkan untuk aku reka dan siapkan. Sendiri shoot gambar dan reka konsep. Konsep pahlawan zaman purba dan puteri jelita menghiasi poster tersebut yang tampak usang tetapi menawan. Typografi 'Tanah Abang' direka eksklusif untuk produksi ini.

Majlis Pertunangan, Program Memasyarakatkan Seni & Budaya Felcra Nasaruddin Bota




















Monday, November 24, 2008

Syed Noor Azman & Mizan










Alangkah indah tatkala meniti hari sebagai Raja Sehari... agaknya kalau dia tau... lama sudah kuterokai hari ini... Syed, teman sekelas di Clifford dulu. Baru kini bersua teman sehati. dan temannya pula bukan sebarang dewi... lihatlah... dua mempelai pada 8 November 2008.

Friday, November 7, 2008

Jaring Masa


Jaring masa itu
adalah perangkap
yang mendekatkan kita
dengan maut

yang memendekkan
perjalanan kita
ke akhirat

jaring itu segala macam
rantaiannya
kerja, main, makan, lena
suka, duka, alpa
internet, kereta, dunia...

Kekasihku

Kau adalah lilin
tika malam mengelamkan alam
biar cairanmu hangat menikam
tapi ku pasrah kerana kudambakan cahayamu

kau adalah bayang redup
tika mentari memancarkan egonya
biar aku sedikit sirna
tenggelam dalam pelukanmu

hadirmu kekasih
umpama umpan pada kail
umpama air pada kali
umpama padi pada humanya

ibarat kata pujangga pincanglah lagu tanpa irama
tiadalah jiwa tanpa kata
tiadalah rupa tanpa pewarna
siapalah dara tanpa teruna

izinkan aku kekasih
menghargaimu
kerana aku tahu
hanya dikau api semangatku
memanas tatkala dingin
mententeram ketika gundah...